Saturday 15 February 2014

TAT NENAS MAMA

Alhamdulillah.

Entri kali ini saya kongsi kan serba sedikit tentang TAT NENAS MAMA yang di hasil kan oleh sejak saya 6 tahun dulu.
Di perbuat dari 100% menggunakan butter dan bahan-bahan terpilih yang terbaik untuk menghasil kan pastri yang rapuh,lemak,manis sempurna,gebu dan cair di mulut.
Inti nenas yang tidak terlalu manis dan ada rasa sedikit masam yang sedap dan tidak ada rasa hapak jika di simpan lama menepati citarasa ramai penggemar tegar tat nenas.
Di bakar sempurna untuk menjamin ketahanan tat nenas selama 3 bulan dengan cara penyimpanan yang betul. Setakat hari ini beratus ratus balang terjual setiap kali musim ramadhan dan menjelang nya hari raya. Pelanggan dari pelbagai bangsa membuat kan saya banyak menerima tempahan untuk musim perayaan agama lain seperti deepavali,krismas & tahun baru cina.
Kini dengan pemasaran baru TAT NENAS MAMA boleh di dapati dengan 2 jenis perisa iaitu perisa TAT NENAS ORIGINAL & TAT NENAS BERKEJU. Untuk yang ingin merasai khususnya penggemar tegar tat nenas kini anda boleh membuat tempahan tanpa perlu menunggu musim perayaan. Kami sedang giat mencari pengedar di seluruh malaysia untuk menempat kan TAT NENAS MAMA. Sekiranya berminat untuk menjadi pengedar sila hubungi 017 2011 185 melalui sms atau wassap untuk keterangan lanjut.


Sebalang 70 - 85 biji


TAT NENAS MAMA
Rapuh,gebu,manis..SEMPURNA !!

DOOR GIFT MURAH

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Lama saya ambil masa untuk menyiapkan entri kali ini di sebab kan sibuk dengan tempahan door gift customer.
Are-t homemade cookies menyedia kan pelbagai jenis door gift mengikut bajet dan kehendak pelanggan antara nya KISS ME COOKIES. 100 % homemade dari saya. Belian secara borong pun di buka untuk yang ingin menyiap kan door gift sendiri. Sebarang tempahan boleh lihat pada label terma & syarat ye.


      KISS ME COOKIES
       rangup,manis..sempurna!


            tempahan dari kawan sekolah
              500 boxes kiss me cookies
            RAIKA CINTA
             HUSNA ♥ NAS
          15/2/14


           GIANT KISS ME COOKIES
        200 pcs tempahan dari kak diana
      RAIKAN CINTA
      WADI ♥ EINA


        Sebahagian dari tempahan

          
          cookies in jar utk vvip pun ada
            ( pic dari other website)


Bahulu pecah 8


tempahan 1000 pcs bahulu pecah 8
tema gold & biru
dah tak ingat nama pengantin nye
hehehe.

tempahan cup cakes utk
majlis pertunangan 

muffin 

tempahan untuk majlis cukur jambul
baby sofea
kotak berbentuk stroller dgn kurma badam

Wednesday 5 February 2014

Dunia pastri

Memulakan perniagaan dengan jenama atie baharain kini semua produk pastri saya di jenama kan semula di bawah are-t homemade cookies dengan menggunakan konsep yang sama iaitu berasaskan homemade atau pun pengeluaran dari rumah.Dengan konsep homemade kami menjanjikan produk yg segar,berkualiti,bersih dan 100 % di yakini HALAL.Setiap tempahan kek,muffin,cookies dan sebagai nya kami menyediakan fresh from oven untuk anda mengikut tempahan dan kehendak customer.

Konsep homemade ni lebih mudah utk di usahakan oleh suri rumah kerana tidak melibatkan modal yang banyak, waktu kerja yang fleksibel dan risiko untuk mengalami kerugian tu rendah atau mungkin boleh di katakan sifar kerana perniagaan ni kita hanya akan menyiapkan tempahan setelah deposit/bayaran penuh di terima dari customer sebagai pengesahan jadi kita tidak berhadapan dengan masalah back out customer. Untuk memulakan sesebuah perniagaan bermulalah dengan modal yang paling minima dan timbalah ilmu walau pun sedikit tentang produk yang nak kita usahakan selebihnya bergantung pada ke aslian rasa produk dan cara kita mempromosikan.

Di bawah ni sebahagian produk yang di usahakan oleh saya secara atas talian.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya.Insyaallah,jumpa lagi di entri akan datang.

Jemput like :

Fb : Atie baharain

Fan page : Are-t homemade cookies

Call/sms/wassap : 017 2011 185 

Sunday 2 February 2014

Bicara penulis



Bismillah

Alhamdulillah, berjaya juga saya membina sebuah blog hasil dari tunjuk ajar Pn Zaila Mohamad. Salam kenal buat semua. Serba sedikit mengenai saya Norlizawati Baharain yang merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Pada usia 11 bulan, bapa meninggalkan kami dan saya dibesarkan sepenuhnya oleh bonda dengan penuh kasih sayang. Bonda merupakan seorang wanita cekal yang menjadi sumber inspirasi saya sehingga ke hari ini.

Saya merupakan Isteri kepada suami yang bernama (ahmad sheryzaimi ahmad termizi) dan mama pada seorang puteri (nuralessya safeera) dan 2 orang putera (ahmad ammar rafiqi & ahmad umar rizqi). Saya mula melibatkan diri dengan dunia pastri khususnya dalam bidang pembuatan tat nenas sejak 6 tahun lepas di mana hanya pada musim perayaan untuk pasaran offline sahaja. Akan tetapi, sekarang ini saya juga melibatkan diri dalam dunia pastri dengan lebih serius secara online juga.

Alhamdulillah di atas sokongan yang diberikan oleh semua pelanggan dan keluarga saya. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Insya Allah saya akan coretkan segala pengalaman pahit manis saya dalam bergelumang di dalam bidang tepung dan spatula.

Terima kasih semua.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi :

Nama : atie baharain
Fanpage : are-t homemade cookies
No telefon : 017 2011 185 (call/sms/wassap)

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...