Wednesday 16 April 2014

Think + action = result !

Setiap hari bangun tidur kita mulakan dengan kata-kata positif kerana apa yang keluar dari mulut kita itu adalah doa. Kita letak kan matlamat untuk hari itu. Kata kan dengan jelas dan ber semangat. Hari ini aku nak perbaiki hubungan ku lebih baik dengan Allah,hari ini aku mahu menerima berita gembira lebih baik dari semalam,hari ini aku mahu jualan lebih baik dari semalam,hari ini aku mahu lebih kaya dan berjaya dari semalam. Tindakan kita sekarang melambang kan tindakan kita akan datang. Kalau dengan hanya menyatakan motivasi semudah ini kita tak mampu menzahirkan dengan kuat dan bersemangat bagaimana kita nak ber hadapan dengan pelbagai ujian.

Maaf saya cakap , orang melayu kita banyak yang bodoh dan sombong. Mahu berjaya seperti orang lain tapi untuk mencari ilmu itu sendiri pun mereka tidak mahu. Kalau boleh biar di suap terus ke mulut. Pemalas ! Penyakit yang sangat merbahaya dari HIV saya rasa. Sebab sikap ini boleh menular seperti virus kepada orang lain dalam senyap. Kalau tidak tahu masih boleh di ajar tapi kalau MALAS?? Apa yang di maksud kan malas di sini ialah malas menuntut ilmu. Anda ingat felina,anis choc moist,fareeda,hajaba itu semua berjaya hanya dengan tunggu sifu mereka suap semua ke mulut ke?

Ada peluang rebut lah peluang. Rezeki setiap manusia itu dah di tetap kan oleh Allah. Jangan terus menerus memberi alasan sebab percaya lah di saat anda leka dalam memikir kan alasan, orang lain dah maju ke hadapan. Saat anda baru tersedar , orang lain dah ber gelar jutawan.

Saya minta maaf pada yang pm saya minta resepi. Bukan saya sombong tapi saya ingat pesanan sifu saya. Bila mereka mengeluar kan sejumlah wang untuk menuntut ilmu mereka akan lebih menghargai apa yang mereka pelajari. Ada yang pm minta resepi bukan untuk meniaga tapi untuk makan - makan sahaja. Hari ini mungkin untuk makan sendiri sahaja bila satu hari nanti anda menggunakan resepi yang sama untuk menjual ada terfikir berkat atau tidak ilmu berkenaan.

" alah..tak nak bagi xpe..google berlambak la resepi..kedekut sangat " jadi, kenapa anda tidak google sahaja resepi tersebut dari awal ? Malas? Malas nak taip di ruangan google ? Begitu ?

Kami juga pergi menuntut ilmu, meninggalkan anak di rumah untuk pergi menuntut ilmu kerana apa? Kerana itu yang kami mahu. Kami betul tahu apa yang kami mahu dan kami sanggup meninggalkan semua nya untuk ber guru. Kami korban kan masa dan wang ringgit. Dan anda dengan semudah di hujung jari mengherdik saya hanya kerana saya tidak mahu berkongsi resepi dengan anda. Semudah itu. Adil ke tidak untuk saya?

Banyak lagi yang saya nak kupas tapi saya ber henti di sini dulu. Ingat pesan sifu saya " hidup ini kalau tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain lebih baik jangan hidup "

No comments:

Post a Comment

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...