Wednesday 16 April 2014

Think + action = result !

Setiap hari bangun tidur kita mulakan dengan kata-kata positif kerana apa yang keluar dari mulut kita itu adalah doa. Kita letak kan matlamat untuk hari itu. Kata kan dengan jelas dan ber semangat. Hari ini aku nak perbaiki hubungan ku lebih baik dengan Allah,hari ini aku mahu menerima berita gembira lebih baik dari semalam,hari ini aku mahu jualan lebih baik dari semalam,hari ini aku mahu lebih kaya dan berjaya dari semalam. Tindakan kita sekarang melambang kan tindakan kita akan datang. Kalau dengan hanya menyatakan motivasi semudah ini kita tak mampu menzahirkan dengan kuat dan bersemangat bagaimana kita nak ber hadapan dengan pelbagai ujian.

Maaf saya cakap , orang melayu kita banyak yang bodoh dan sombong. Mahu berjaya seperti orang lain tapi untuk mencari ilmu itu sendiri pun mereka tidak mahu. Kalau boleh biar di suap terus ke mulut. Pemalas ! Penyakit yang sangat merbahaya dari HIV saya rasa. Sebab sikap ini boleh menular seperti virus kepada orang lain dalam senyap. Kalau tidak tahu masih boleh di ajar tapi kalau MALAS?? Apa yang di maksud kan malas di sini ialah malas menuntut ilmu. Anda ingat felina,anis choc moist,fareeda,hajaba itu semua berjaya hanya dengan tunggu sifu mereka suap semua ke mulut ke?

Ada peluang rebut lah peluang. Rezeki setiap manusia itu dah di tetap kan oleh Allah. Jangan terus menerus memberi alasan sebab percaya lah di saat anda leka dalam memikir kan alasan, orang lain dah maju ke hadapan. Saat anda baru tersedar , orang lain dah ber gelar jutawan.

Saya minta maaf pada yang pm saya minta resepi. Bukan saya sombong tapi saya ingat pesanan sifu saya. Bila mereka mengeluar kan sejumlah wang untuk menuntut ilmu mereka akan lebih menghargai apa yang mereka pelajari. Ada yang pm minta resepi bukan untuk meniaga tapi untuk makan - makan sahaja. Hari ini mungkin untuk makan sendiri sahaja bila satu hari nanti anda menggunakan resepi yang sama untuk menjual ada terfikir berkat atau tidak ilmu berkenaan.

" alah..tak nak bagi xpe..google berlambak la resepi..kedekut sangat " jadi, kenapa anda tidak google sahaja resepi tersebut dari awal ? Malas? Malas nak taip di ruangan google ? Begitu ?

Kami juga pergi menuntut ilmu, meninggalkan anak di rumah untuk pergi menuntut ilmu kerana apa? Kerana itu yang kami mahu. Kami betul tahu apa yang kami mahu dan kami sanggup meninggalkan semua nya untuk ber guru. Kami korban kan masa dan wang ringgit. Dan anda dengan semudah di hujung jari mengherdik saya hanya kerana saya tidak mahu berkongsi resepi dengan anda. Semudah itu. Adil ke tidak untuk saya?

Banyak lagi yang saya nak kupas tapi saya ber henti di sini dulu. Ingat pesan sifu saya " hidup ini kalau tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain lebih baik jangan hidup "

Monday 14 April 2014

Pergi nya pak we kesayangan saya..

14/4/14 ~ jam 8.30 pagi saya dengar tab ber bunyi menanda kan ada panggilan masuk tapi di sebab kan saya di tingkat atas masa itu saya tak sempat angkat.

Tak lama selepas itu dengar bunyi sms masuk. Mr right hantar sms kata bonda saya call bagi tau pak we a.k.a ayah saudara saya meninggal. Allahuakbar,hampir ter campak tab dari tangan. Mengigil call mr right minta dia bawa saya balik kampung ziarah arwah.

11.30 pagi, kami sampai di perkarangan rumah. Masa itu emosi saya masih dalam keadaan terkawal sehingga la saya masuk dan berjumpa dengan anak - anak arwah. Saya peluk along,abg faizal,kak nana,kak mar dan nadia. Tidak dapat menahan air mata daripada mengalir keluar. Bila ada saudara yang datang menyelak kain yang menutupi wajah arwah saya curi-curi tengok. Sebaik mungkin saya mengawal perasaan. Saya sedih sangat tapi apa lah nak di banding kan dengan kesedihan anak-anak arwah. Saya ambil wudhuk dan hanya mampu menahan sebak sambil membaca yassin untuk arwah.

Arwah ialah abang sulung bonda saya, dah lama sakit dan lumpuh separuh badan tapi masih boleh berjalan dengan bantuan kerusi roda,masih mengenali semua orang. Arwah pakcik saya yang selalu mengusik saya dari kecil, tidak pernah lupa membeli kan saya jajan,gula-gula atau apa yang di beli kan untuk nadia pasti ada juga untuk saya. Arwah satu-satunya pakcik yang akan peluk dan cium saya bila setiap kali ber jumpa dari dulu hingga ada hayat nya. Dalam keadaan arwah lumpuh dan pergerakan tangan kanan yang minima setiap kali saya datang ber salam arwah akan selalu tarik dan pegang lama tangan saya dan akan tarik untuk hadiah kan pelukan dan ciuman. Ada takungan air mata di kelopok mata tua arwah. Mungkin kerana kasihan kan anak yatim ini.

Nasib hidup manusia itu ber beza. Saya dari kecil sudah tidak ber bapa dan anak-anak arwah dari kecil hidup tidak ber ibu. Mereka antara saudara wajib kami ziarahi setiap kali tiba syawal dan pasti nya syawal kali ini memberi kan satu suasana yang ber beza. Tiada lagi gelak tawa arwah,tiada lagi kedengaran suara arwah memanggil za ( singkatan liza nama panggilan saya di sebelah keluarga bonda) setiap kali berjumpa.

Antara anak-anak arwah boleh di katakan saya rapat dengan kesemuanya. Terutama abang faizal sebab beliau pernah tumpang di rumah kami masa beliau menuntut di sekolah menengah dan nadia anak bongsu arwah. Umur kami tidak jauh beza , masa kecil dia dulu saya yang selalu asuh beliau. Banyak yang kami kongsi masa zaman kanak-kanak dulu. Masa sama-sama kami duduk dengan arwah opah.

Janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati bila tiba waktu nya. Dari tanah kita di jadi kan,dari tanah kita di mati kan dan dari tanah jua kita akan di bangkit kan di hari kiamat kelak.

Kesempatan mengiringi jenazah hingga ke perjalanan terakhir nya di bumi Allah tadi dapat saya menziarahi kubur arwah bak saya. Di kawasan yang sama arwah bak,arwah makcik dan pakcik - pakcik saya di semadikan.

Pak we ( panggilan pak long untuk orang perak ) moga roh mu tenang di alam sana. Moga hilang segala kesakitan pak we di dunia. Moga Allah lapang kan kubur pak we dan pak we berehat la selama nya di sana. Moga di ampun kan segala dosa dan di letak kan di kalangan orang - orang yang ber iman. Al - fatihah

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...