Sunday 2 February 2014

Bicara penulis



Bismillah

Alhamdulillah, berjaya juga saya membina sebuah blog hasil dari tunjuk ajar Pn Zaila Mohamad. Salam kenal buat semua. Serba sedikit mengenai saya Norlizawati Baharain yang merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Pada usia 11 bulan, bapa meninggalkan kami dan saya dibesarkan sepenuhnya oleh bonda dengan penuh kasih sayang. Bonda merupakan seorang wanita cekal yang menjadi sumber inspirasi saya sehingga ke hari ini.

Saya merupakan Isteri kepada suami yang bernama (ahmad sheryzaimi ahmad termizi) dan mama pada seorang puteri (nuralessya safeera) dan 2 orang putera (ahmad ammar rafiqi & ahmad umar rizqi). Saya mula melibatkan diri dengan dunia pastri khususnya dalam bidang pembuatan tat nenas sejak 6 tahun lepas di mana hanya pada musim perayaan untuk pasaran offline sahaja. Akan tetapi, sekarang ini saya juga melibatkan diri dalam dunia pastri dengan lebih serius secara online juga.

Alhamdulillah di atas sokongan yang diberikan oleh semua pelanggan dan keluarga saya. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Insya Allah saya akan coretkan segala pengalaman pahit manis saya dalam bergelumang di dalam bidang tepung dan spatula.

Terima kasih semua.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi :

Nama : atie baharain
Fanpage : are-t homemade cookies
No telefon : 017 2011 185 (call/sms/wassap)

1 comment:

  1. Samsung Galaxy Watch 3 Titanium - Titanium-arts.com
    You can choose from titanium pans multiple device categories, such as, columbia titanium phone titanium septum ring and tablet. The Galaxy S2 is the flagship titanium for sale of the AtGames titanium bar stock

    ReplyDelete

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...