Friday, 21 March 2014

sokongan dan halangan...

Semenjak kebelakangan ni saya banyak terima message dari kawan - kawan di fb..Ada yang dah biasa bertegur sapa di status atau komen dan ada yang ' kawan baru ' tak pernah lagi ber tegur tapi mereka secret reader saya di fb..Wah ! ada SR okey i nih uolls..hahaha..
Sebelum saya membebel lebih lagi, saya nak minta maaf pada cikgu blog saya sebab saya menulis dengan tulisan yang santai dan banyak menggunakan titik.. ( habis la...kena tarik telinga lepas ni )

Ada yang ter inspirasi dengan kejayaan kecil saya dalam bidang pastri dan ingin mencuba meniaga dalam bidang sama. Ada juga yang ter inspirasi tapi minat meniaga dalam bidang lain.Alhamdulillah, tak sangka sebenarnya sebab kejayaan kecil saya tak datang dengan ilmu. Ia datang dengan sangat - sangat perlahan kalau kata DAO kena dapat 1 juta dalam setahun meniaga tapi kalau sebalik nya cari bisnes lain.Sampai sekarang angka setengah sejuta tu pun saya belum capai walaupun dah meniaga hampir 6 tahun. Tapi tak pe sebab saya meniaga cara 'redaaah je..' asal dapat duit buat beli susu anak,pampers anak,makan anak,belanja sendiri sudah lah. Tapi sampai bila? dan sekarang saya nak cuba membawa bisnes kecil saya ni di satu tahap lain. Kalau dulu cuma fikir cukup sekadar dapat membantu suami tapi sekarang matlamat nya dah berbeza. Lebih besar lebih tinggi cita - cita dan keinginan tu. Sesungguh nya manusia itu kehendak nya melampau-lampau kan..ngeh ngeh ngeh..

Ini sedikit nasihat saya untuk yang ingin berubah dan juga pada si pendamping nya.. ( bukan pendamping yang rambut panjang..mengilai ngilai tu tau..errkk?? kalau itu pendamping nya haaaaruss hakak pun lari tak cukup tanah..) ala..pendamping a.k.a sleeping partner a.k.a cik suami la..adeh! tetiba uolls pun bluur plak..

Kita nak berjaya halangan yang pertama kena tempuh ialah diri sendiri dan kena 'roboh' kan mind blocking dulu. Berhenti memberi alasan! alasan anak kecik,penat la,tak pandai bawa kereta,tak pandai buat,tak pandai cakap,tak pandai menjual..AMARAN KERAS !! kalau korang selalu bagi alasan macam ni korang memang tak kan ke mana..saya tak bercakap sebarang cakap..aiceh! dah macam kajang pak malau kajang berlipat. ok,dah stop merepek..anak kecik? sebab saya ada anak kecik yang memerlukan duit untuk susu dan pampers la saya memulakan bisnes pastri ni. Anak ke tiga dalam pantang 2 minggu saya dah mula ambil dan menghantar tempahan. Tapi lebih baik tak tahu sebab masih lagi boleh di ajar. Sebab tu ada pepatah..di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Untuk si suami..sokongan anda la akar dan tunjang kejayaan isteri. Keizinan dan redha suami tu bawa berkat rezeki yang di terima si isteri. Jangan cakap saya sokong awk ! 110 % saya sokong minat awak ni tapi tu cakap bila semuanya berjalan dengan lancar je. Bila kadang-kadang isteri stress tak dapat siap kan tempahan mengikut masa, tersalah bancuhan dan terpaksa buat lagi sekali jangan la di tambah stress isteri. marah - marah dengan kata kata yang boleh mematah kan semangat isteri. Lebih baik diam dan bantu dia tolong basuh kan bekas ke tolong kemas ke. Kena ingat rezeki yang dia cari tu untuk korang jugak. Jadi apa salah nya membantu. Isteri ni nak uruskan anak,uruskan rumah,makan,minum dan sebagainya. Benda benda kecil kadang tak boleh nak ingat. Jangan lah sebab lupa beli telur ayam je boleh jadi gaduh. Allah jadi kan korang untuk memimpin jadi sepatutnya bila dalam keadaan tegang macam tu korang tunjukkan sifat kepimpinan bukan nya menambah kan lagi stress dengan kata-kata yang boleh melukakan hati isteri. Dia buat sebab nak membantu korang cari duit jadi ber sabar lah sebab kesenangan tak datang bergolek.

Semangat kena kuat sebab tu saya selalu sebut tentang aura positif. Kalau kita di kelilingi orang yang positif baru kita juga akan positif. Benda yang remeh pun mudah je kita siap kan. JANGAN berada di sekeliling orang yang bawa aura negatif..siapa? orang yang hanya tau cakap tapi apa pun dia tak buat ( bahasa pasar la..korang leh faham tak? boleh tak? ) Ada banyak lagi sebenar nya nak di bebel kan tapi memandang kan sekarang dh tamat waktu kerja hakak pun nak balik lah. Nanti kita sambung lagi tips meniaga cara hakak lagi k. Nak ke korang baca? takut muntah hijau plak nanti.hohoho..

jumpa lagi di next entri...

p/s : maaf kan saya,cikgu ! balik ni saya denda diri sendiri berdiri sebelah kaki sambil tangan silang tarik telinga ye..huhuhu..



No comments:

Post a Comment

AKU BINGUNG

Assalammualaikum. Lama dah tak menulis kat blog ni. Hari ni terpanggil untuk kembali menulis.lain Ini luahan hati aku yang aku tak mampu nak...