Monday 24 March 2014

DOOR GIFT

Hari khamis lepas hari yang sangat padat di little factory. Kami menerima tempahan door gift apam 200 set bertemakan pink dan biru turqoise. Seorang lagi customer buat tempahan 100 pek muffin untuk majlis doa selamat di kampung. Sementara 2 orang ( dulu sorang sekarang dh bertambah lagi sorang,alhamdulillah ) pekerja saya siap kan tempahan , saya pula sempat lagi mengadakn personal class cake,cookies & dessert untuk puan lela. Beliau memilih untuk belajar snow cheese cake,pavlova dan blueberry cheese tart. Kelas berjaya  berjalan dalam waktu yang di tetap kan. Semoga beliau ber puas hati dan akan mempraktik kan ilmu dan tips yang di pelajari.
Selesai personal kelas ( korang boleh pilih 3 jenis resepi sama ada kek,biskut atau dessert untuk personal class dengan saya ) sambil pembantu masih tekun  menyiap kan tempahan door gift , saya mula menyiap kan 850 biji cheese tart,cream puff,almond crunchy dan beberapa jenis makanan yang di tempah oleh pelanggan tetap saya. Malam tu kami semua terpaksa kerja oveeerrtimee sehingga jam 10.15 malam.
Satu pengalaman luar biasa bekerja di kedai sehingga larut malam,suami dah menunggu di rumah dan tentera kecil saya tertido kepenatan sebaik je mereka masuk kereta. Tapi itu lah nama nya perniagaan kalau sibuk maknanya bisnes kita ber jalan dan kalau sebaliknya kita tetap kena positif sebab Allah dah tentu kan rezeki tiap hambaNya. Mungkin belum sampai 'turn' kita je.
* hari ini entri tulisan dan ayat yang di guna kan agak skema..hehe ;)
Apa-apa pun jom layan beberapa keping gambar aktiviti pada hari tu..














No comments:

Post a Comment

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...