Thursday 6 March 2014

Bermulanya di sini : memulakan bisnes

Assalamualaikum.

Sejak ber pindah ke kedai ni masa 24 jam sehari tu macam tak cukup rasanya. Kesibukan di mini factory,menguruskan anak2,melayan customer yg walk in dan online tp nasib baik la ada pembantu yang boleh di harap untuk membantu dan serba sedikit melancarkan jadual harian saya.

Ramai yang bertanya apa yang di perlukn untuk memulakan perniagaan. Kena ada modal besar dan bayangan nya mesti ada sebuah kedai yang dah siap di ubah suai,meja kerja yang cantik,kertas2 dinding yang nampak ber warna warni mengikut kesesuaian perniagaan. Kalau itu yang ada dalam fikiran anda baru nak memulakan perniagaan,MAAF anda dah jauh tersasar dari objektif sebenar.

Bagi pendapat saya yang baru memulakan perniagaan 6 tahun lepas atas dasar minat dan desakan hidup membuat kan saya 'redah' je semua dugaan yang datang untuk capai matlamat saya. Kita kena ada sedikit pengetahuan tentang bisnes apa yang kita nak buat, dapat kan sedikit ilmu tentang positif dan negatif nya bisnes tu. Memulakan perniagaan ni mesti bermula dengan modal yang paling minima.

Contoh nya saya minat dalam bidang kek saya perlukan peralatan seperti oven dan mixer. Cukup dulu dengan oven kecil dan hand mixer sebagai permulaan. Saya dulu bermula dengan hanya rm250.

Berniaga jangan hangat2 tahi ayam, dalam fikiran macam2 nak jual tapi bila nak bermula pun tak tau. Kalau anda berminat nak buat sesuatu jangan ambil masa yang lama untuk bermula. Ini kerana semangat kita akan hilang, semangat ni perlu di top up setiap hari. Berada di samping dengan orang yang positif akan membawa kita ke arah yang positif. Sebab itu persekitaran mempengaruhi kita.

Bila dah bermula kena seiring kan dengan USAHA dan DOA. Bagi bisnes yang baru nak bermula kena bagi masa untuk di kenali jadi jangan putus asa. Yakin dengan produk kita, jangan ada sikap kedekut atau ber kira, sentiasa ceria melayan kerenah customer sebab dalam bisnes yang berurusan dengan customer macam2 ragam dan kerenah kita akan jumpa. Jangan mengeluh bila customer buat tempahan last minute anggap je itu sebagai rezeki Allah bagi.

Semangat kena ada, setiap pagi selepas bangun tidur cari aura positif untuk hari tu supaya kita akan kekal positif sepanjang hari. Cari ! Gali ! di bawah bantal ke , di bawah kabinet dapur ke kita cari. Kalau saya ada hari yang saya rasa lesu semua benda tak kena, 1 kerja pun tak menjadi saya akan duduk diam dan cuba bertenang. Berhenti berfikir apa yang boleh serabut kan kepala saya untuk hari tu. Blog walking ke blog2 masakan untuk cari idea baru.

Dan yg terakhir, pesanan saya dari wanita kepada wanita. Kita kena kuat untuk berdiri atas kaki sendiri. Biar kita jadi orang tak pandai daripada kita jadi orang MALAS. Tak pandai bermakna boleh lagi di ajar tapi kalau malas bagi la banyak mana ilmu atau peluang pun tetap tak kan ke mana. Hidup ni jangan terlalu bergantung pada orang sebab kita tak tau apa ujian Allah akan bagi pada kita. Jangan terlalu manja semua urusan nak serah kan pada suami, nak pergi ke kedai beli barang dapur pun kena tunggu suami. MAAF saya tak ber maksud apa2 cuma saya ber cakap dari pengalaman. Saya membesar dari umur 11 bulan tidak ber bapa. Arwah di panggil ' pulang ' oleh Sang Pencipta pada usia yang muda. Meniggalkan bonda dengan 5 orang anak. Berumur antara 13 tahun dan saya paling bongsu 11 bulan. Bonda tak ber sedia, tak pernah bekerja melain kan menoreh getah. Tapi bonda survive, berjaya hantar kami masuk universiti dan kolej.

Semua yang kita ada cuma pinjaman dan bila tiba masa nya Allah akan ambil balik hak Nya. Dari pengalaman dan perit pedih nya bonda buat kan saya kuat dan kuat. Begitu juga pesanan saya buat wanita di luar sana terutama para ibu. Bonda inspirasi saya. Apa yang ada pada saya hari ni dari semangat dia. Terima kasih bonda. Terima kasih,Allah.

No comments:

Post a Comment

RESEPI RAHSIA TAT NENAS MAMA

Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 ...