Assalammualaikum,kesayangan semua. Lama saya tidak menulis sebarang entri. Alhamdulillah, TAT NENAS MAMA bagai di langgar taufan semenjak 3 minggu kebelakangan ini.
Kini kerap saya melihat gambar - gambar TAT NENAS MAMA di upload ke facebook dan naik ke newsfeed saya. Menitis air mata,sebak rasa hati bukan kerana sedih tapi teruja. Mungkin TAT NENAS MAMA belum sehebat nama produk makanan yang lain tapi alhamdulillah sekarang lebih ramai merasai kasih sayang saya melalui TAT NENAS MAMA.
Bermula 6 tahun dulu atas desakan hidup dengan bantuan mak mertua saya belajar cara membuat kuih yang paling saya benci dari kecil bila tiba musim perayaan. Kuih yang akan saya asingkn dari bekas kuih yang lain.
Saya olah resepi selama 6 tahun ini dengan pelbagai peringkat saringan dan ujian yang akhir nya saya sendiri boleh makan. Dan kini lebih ramai golongan anti tat nenas mulai suka memakan nya. Di mana letak nya kesedapan dan kelebihan TAT NENAS MAMA ?? Proses pembuatan nya selain menggunakan 100% butter , saya campur kan sesudu kasih sayang untuk mereka yang membeli, saya campurkan sesenduk keikhlasan agar apa yang di hasilkn bukan produk yang mementingkan keuntungan semata - mata.
Saya kerap melakukan ujian deria rasa dengan memejam mata dan cuba membayangkan ini adalah kali pertama saya merasai tat nenas. Saya letakkan diri saya sebagai pembeli dan bukan sebagai penjual. Berbaloi kah saya membayar rm28 untuk sebalang tat nenas ini. Sebab saya tidak mahu keuntungan semata-mata saya mahu 'connection' antara saya kepada pembeli melalui TAT NENAS MAMA. Kalau ada yang kata sedap itu bermakna mereka merasai kasih sayang dan keikhlasan saya dalam menghasilkn nya.
Alhamdulillah, sekarang semakin ramai dealer aktif di dalam group dan kami tidak ubah seperti sebuah keluarga yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Sistem jemaah yang di aplikasi kan moga dapat di manfaat kan oleh mereka. Kesemua nya adalah seorang ibu dan wanita yang cuba untuk membantu suami menjana ekonomi keluarga. Moga lebih ramai wanita di luar sana cepat sedar dan bertindak membina 'khemah' untuk mereka dan anak-anak berlindung.
Nasib manusia rahsia Allah swt, kita tidak tahu apa yang Allah dah rancang kan untuk kita. Andai di uji dengan ujian yang memaksa kita untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah dalam masa yang sama sekurang - kurang nya kita dah sedia kan tapak. Jangan terlalu bergantung pada suami , belajar lah berdikari.
Saya suka mengingat kan dealer - dealer hebat saya, kebebasan waktu untuk bersama anak-anak tu yang utama. Mereka kecil hanya sekali jadi biar lah kita boleh menjadi suri rumah dalam masa yang sama menjana pendapatan seperti kita bekerja di pejabat.
Pesanan saya pada isteri yang mempunyai suami berpendapatan rendah dan tidak mencukupi. Jangan pernah kita membanding kan diri kita dengan mereka yang lebih dari kita kerana kita akan lupa untuk mengucapkan syukur. Banding kan lah diri kita dengan mereka yang tidak bersuami atau suami yang malas berkerja dengan itu kita akan buat kita sentiasa bersyukur yang nasib kita lebih baik dari mereka. Bersama lah kita membantu mereka kerana isteri adalah untuk menyenangkn bukan untuk membebankan.
Sentiasa bersangka baik , kurang kan mengeluh, berfikir dengan cepat,membuat keputusan dengan tepat dan mula melangkah tanpa bertangguh. Insyaallah, mohon lah pada Pemberi rezeki dan pasti anda tidak akan pernah kecewa.
Berhenti di sini dahulu coretan kali ini. Moga saya dan anda kaya dan berjaya. Pada yang ingin merasai kasih sayang saya boleh add saya di facebook : atie baharain atau hubungi 017 2011 185.