Thursday, 15 June 2017

AKU BINGUNG

Assalammualaikum. Lama dah tak menulis kat blog ni. Hari ni terpanggil untuk kembali menulis.lain Ini luahan hati aku yang aku tak mampu nak kongsi kan di wall facebook. Aku dah 2 tahun bergelar isteri orang selepas 7 bulan berpisah dengan bekas suami.

Kami bernikah tanpa persetujuan abang aku yang sulung. Aku pun tak tahu apa alasan dia menghalang selain suami aku yang baru ni muda dari aku. Selepas beberapa drama berbabak untuk dapat kan keizinan kami tetap bernikah dengan berwali kan abang aku yang ke dua.

Malam aku bagitau nak bernikah abg aku yang slung ugut nak bunuh kami kalau aku terus kan perancangan untuk bernikah tapi aku serah kan semua nya pada Allah swt. Kalau ini ( nikah ) jalan terbaik untuk aku maka permudah kan lah dan jika sebalik nya KAU sulit kan lah.

Alhamdulillah, esok nya kami bernikah di pejabat agama dengan berwali kan abang aku yg nombor 2 tanpa pengetahuan sesiapa. Majlis kami sangat simple tapi cukup lah mendapat restu kedua ibu dan ayah mertua aku serta mak aku.

Abang sulung aku masih marah kan kami sampai tak boleh bersua muka langsung. Suami aku pernah cuba minta maaf kat dia ( padahal dia tak salah pun sebab dia amik aku dgn anak-anak dgn cara baik bukan bawa lari ) tapi di halau seperti anjing.

Masa suami aku mintak izin nak kawin, abg-abg aku cakap kenapa nak amik aku dengan anak2 sebab kami ni beban je. Sedih tak payah nak cakap sebab itu yang keluar dari mulut darah daging aku sendiri tapi suami aku tetap nekad nak kutip semua yang dorang cakap beban ni tanggungjawab dia.

Dulu aku kena sepak terajang ke, kena maki hamun dengan bekas suami aku tak pernah minta tolong dorang. Anak-anak aku takde makan,susu pampers pun takde sape yang tanya.

Siang malam aku meniaga , delivery sana sini tart nenas, kek dan segala yang boleh untuk cari duit besar kan anak-anak tak pernah pun korang datang bantu.

Bila aku jadi ibu tunggal korang panggil kami beban. Kalau sampai hari ni aku masih ibu tunggal adakah dorang akan sedia kan tempat tinggal, makan minum kami anak-beranak ? dalam mimpi je lah.

Hari ni, aku ada rumah yang selesa, tidur atas katil dan bertilam. Anak-anak bersekolah dengan elok, cukup makan pakai tanpa sesen pun duit dorang bantu. Aku dapat buka kedai fizikal jual tart nenas aku dan bina hidup aku yang lebih baik.

Kenapa sampai sekarang abg sulung aku masih nak bergaduh dengan kami ? Adakah bernikah tu satu kesalahan besar bagi ibu tunggal ? kami tak layak untuk hidup lebih baik ke mcmana ?

Allah temukan lelaki ni yang entah dari mana untuk jadi pelindung kami, untuk didik kami, untuk jadi ketua keluarga kami.

Kami ada kehidupan yang lebih baik. Takde lagi kesakitan. Patut nya dia tumpang happy ada orang jaga kami elok-elok.

Suami aku cerai kan aku agak nya baru dia puas hati. Bukan aku yang buang keluarga tapi syurga aku di bawah tapak kaki suami dan kalau aku tak bersuami, syurga aku di bawah tapak kaki mak. Jadi aku tak kisah kalau takde dia.

AKU BINGUNG

Assalammualaikum. Lama dah tak menulis kat blog ni. Hari ni terpanggil untuk kembali menulis.lain Ini luahan hati aku yang aku tak mampu nak...